Total Pageviews

Wednesday, 26 November 2014

Penganjuran majlis Parti Komunis malaya yang telah diharamkan

Kami mohon PDRM siasat segera  banner penganjuran majlis  melibatkan parti komunis yang telah diharamkan

Tun Dr Mahathir sokong Tindakan PM Najib kekal akta Hasutan

Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO:

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

2. Ikrar beliau untuk menerajui umno sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang2 Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kpd seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli umno dan seluruh rakyat malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang letak wanita sebagai naib presiden dan naib ketua bahagian

6. Menyeru agar usaha 'peremajaan umno' mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar

7. Istilah 'peremajaan umno' perlu ditakrifkan sebagai 'meremajakan' tahap dan tempo perjuangan umno supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa

8. Sedia memberi tempat kpd golongan muda dlm parti dan kerajaan tetapi madavyg sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presuden dan Timb Presiden akan teliti sendiri dlm penilaian ini

9. Mengajak ahli umno teruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan  cemuhan 

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antara bangsa

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafi dan melemparkan tuduhan buruk yg tidak berkesudahan

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat dlm Perlembagaan Negara. Ia adalah wahana demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara

13. Semua ahli umno jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu 'kelekaan' ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli2 umno tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi

15. UMNO perlu aplikasi segala perkembangan teknologi maklumat dlm pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kpd parti

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsep sederhana (wasatiyyah) - mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli umno diajak sematkan rasa kasih dan sayang kpd parti - tahu membayar harga bagk pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu.

Mansuhkan segera pinjaman PTPTN kepada Pelajar Melayu

Pinjaman pelajaran PTPTN kepada pelajar Melayu bumiputra tidak ikut  peruntukkan Perlembagaan Persekutuan

Saya menggesa kerajaan mansuhkan pemberian pinjaman PTPTN kepada semua pelajar Melayu bumiputra di IPTA  kerana jelas menurut perkara 153 perlembagaan bahawa pelajar Melayu wajib diberikan biasiswa

Maka kuasa perlembagaan dan kontrak sosial bahawa biasiswa wajib diberikan kepada pelajar Melayu

Dan mohon

Dengan izin

Peruntukkan perlembagaan wajib dilaksanakan segera bermula 2015 kerana ia termaktub jelas

Maka orang cina Ada hak dikatakan terhadap Sekolah jenis kebangsaan cina maka orang Melayu Ada hak dibawah perlembagaan perkara 153 hak kepada biasiswa pelajaran dari kerajaan Malaysia bukannya PTPTN

Ahmad Shuaib Ismail
Ketua Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor
271114

Gempar !!! Puteri ' berselfie di #PAU 2014

Semalam, tirai pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula dengan perasmian persidangan sayap-sayap parti itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Berucap panjang lebar dalam tempoh lebih sejam semalam, antara intipatinya mahu melihat perubahan ketara di kalangan pemimpin sayap-sayap UMNO itu untuk lebih mengutamakan parti berbanding kepentingan diri sendiri.

Selain itu, beliau mahu pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO itu berani mendekati rakyat dan memberi khidmat terbaik kepada masyarakat bersesuaian dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin sebuah parti yang berkonsep mendahulukan rakyat.

Sempat juga Muhyiddin "menyindir mesra" para perwakilan dan ketua-ketua sayap itu yang sebelum ini begitu galak menunjuk-nunjuk kekayaan mereka pada rakyat secara berlebihan sehingga menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat.

Meneliti ucapan Timbalan Presiden UMNO itu semalam, penulis berpandangan segala intipatinya adalah padat dengan nasihat, teguran dan sindiran sinis dari seorang "bapa" kepada "anak-anak"nya.

Tepat dengan senario politik semasa, ucapan tersebut turut menyokong ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berjawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2008 di majlis yang sama, saling tidak tumpah mahu melihat pimpinan sayap-sayap UMNO "berani berubah".

Soalnya, mengapa isu dan teguran yang serupa dibangkitkan oleh Timbalan Presiden parti itu kepada pemimpin sayap-sayap UMNO semalam? Apakah tiada sebarang perubahan berlaku dalam tempoh 2008 hingga 2014 sehinga beliau terpaksa mengulangi teguran yang serupa?

Secara sinis, pejuang UMNO yang mendengar dan menghayati ucapan Muhyiddin semalam sudah tentu tidak dapat tidur lena semalam memikirkan masa depan umat Islam, Melayu dan tanahair yang selama ini diperjuang oleh parti tonggak kepimpinan negara itu.

Namun bagi mereka yang hanya mendengar sahaja, mungkin selepas selesai ucapan itu disampaikan, mungkin mereka akan bergegas keluar menaiki kenderaan mewah masing-masing, melondeh seragam rasmi UMNO di bilik dan keluar dengan agenda masing-masing.

Ada yang melepak di "coffee house", ada yang sebok berselfie sesama Pemuda, Puteri dan Wanita, ada pula yang sebok menuju ke "Redbox" berkaraoke, dan mungkin ada yang tidur diulit mimpi indah di atas tilam empuk.

Soalnya, apakah segala intipati ucapan Timbalan Presiden UMNO itu sekadar "masuk telinga kanan, keluar di telinga kiri"? Apakah bakal ada perubahan pada pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri selepas ini yang akan disaksikan ahli UMNO dan rakyat?

Apakah perubahan tersebut menjurus ke arah negatif yang akan merosakkan UMNO atau perubahan positif akan berlaku di mana para pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri akan kembali sebagaimana di zaman awal UMNO ditubuhkan dulu?

Bercakap saja tidak mampu merubah apa-apa. Apa yang disarankan Timbalan Presiden UMNO semalam perlu dibuktikan bagi memastikan survival parti tonggak negara itu terus relevan di mata ahli dan rakyat Malaysia.

Justeru itu, penulis menyeru supaya pemimpin Wanita merujuk kembali semangat di era Putih Mariah, Zainab Abdul Rahman, Saleha Ali, Ibu Zain, Khatijah Sidek, Fatimah Hashim dan Aishah Ghani.

Pemuda UMNO pula perlu kembali garang seperti di zaman Kapten Hussien Onn, Tun Abdul Razak, Sardon Zubir, Harun Idris, Datuk Senu, Syed Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.

Puteri UMNO sebagai sayap bongsu, sekurang-kurangnya kembalilah ke zaman Azalina Othman yang ketika itu mendapat sambutan hangat dari kalangan golongan muda khususnya para mahasiswi di IPTA di seluruh negara.

Paling mustahak, semua sayap-sayap UMNO itu perlu kembali ke perjuangan asal parti dengan mengimarahkan Islam di Malaysia, memartabat dan mempertahan bangsa Melayu di bumi sendiri dan mendaulatkan tanahair yang asalnya bernama Tanah Melayu.

Ahmad Shuaib Bin Ismail
Ketua Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor

Rahsia perjuangan Pas terbongkar akhirnya bila bersama Dap

Jelas dan fakta

1. Pas bukan ketua dalam pakatan rakyat dan paling sedikit kerusi parlimen

2. Pas bukan letakkan dasar negara Islam dalam prinsip perjuangan pakatan rakyat tapi negara kebajikan dan hudud tiada dalam dasar perjuangan pakatan rakyat

3. Presiden Pas dan ulamak Pas disaman di Mahkamah oleh pemimpin PKR termasuk pemimpin Dap lim guan eng

4. Presiden Pas menerima syiah masuk Pas

5. Jawatan timbalan speaker dalam dun selangor milik adun Pas dicabar oleh adun Dap sekincan

6. Ulamak pas majlis syura tiada kuasa dalam pakatan bukti Kes pemecatan ts Khalid Ibrahim sebagai MB

7. Pas gagal buat arahkan kerajaan selangor Penang tutup kilang arak pub disko Rumah urut sedangkan kuasa dibawah kerajaan negeri dalam lesen operasi perniagaan

8. Pas telah wujud perpecahan .Pasma buktinya

9. Ahli parlimen Dap kata pada pas hudud atau keluar dari pakatan rakyat

10. Pas masih bersama anwar Ibrahim walaupun Pas kenal siapa anwar Ibrahim

Ahmad Shuaib Ismail
271114

Di mana anak anak melayu selepas ini ?

Membaca semula pesanan silam !


Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. 

Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan. Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini.

Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya.

Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian.

Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam. Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.

Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri.

Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati.

Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau. Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa.

Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan."

Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang.

Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.


Ahmad Shuaib Bin Ismail
Unit Profesional Umno
Jabatan penerangan Umno Selangor

Ini negeri bukan Melayu Punya ( laporan Mageran )

Tansri Muhyidin dalam Pau 14 dengan tegas pertahankan akta hasutan . kenapa kenapa kenapa ????

sebab kenapa Allahyarham Tun Razak menggubal Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan tahun 1970:

"Dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kaum cauvinis dan pelampau perkauman telah melaung-laungkan slogan malai-si; mati-Melayu dan mengulang kata-kata kepala kominis Tanah Besar Cina Mao Tze Dhong 'hutang darah bayar darah'.

Dan mereka terus-menerus memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata mencarut, lucah dan melampau seperti Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu (rujuk Lapuran Mageran 06.10.1969)".

Kenali Taktikal Statergi propoganda Cina Singapore PAP

Kena memahami APA taktik cina Singapore kepada orang Melayu ketika mereka hendak Merdeka tahun 1963 kemudian keluar semula dari Malaysia tahun 1965

1. Memperalatkan orang Melayu pemimpin Melayu Singapore konon mereka terima hak Melayu dengan masuk bercampur dengan penuh sikap mustang mereka agar takdapat dihidu propaganda mereka

2. Memperalatkan USTAZ lebai ulamak agar menyakini dasar cina lebih elok dari dasar Islam bertahaluf siasi dengan cina

3. Masuk perkampungan Melayu pakai songkok taktik melembutkan hati orang Melayu Singapore terima ketuanan cina Singapore

Singapore asal negeri negeri dalam Tanah Melayu

Kesilapan besar Kita serah Singapore setebus dengan jangan ulangi di Malaysia semula

4. Mereka melantik ketua ketua pemimpin Melayu menjadi ketua tahun 1965 tapi pada 2014 hanya seorang menteri Singapore berbangsa Melayu dan tiada lagi Presiden Singapore berbangsa Melayu

5. Menggunakan Wang konon Untuk kebajikan orang Melayu

6. Memperlagakan golongan melayu agar berpecah

7. Menghilangkan jati diri Melayu dengan melenyapkan ratusan perkampungan melayu dengan  pemindahan bangsa cina ke kawasan Melayu tapi kawasan asal cina dikekalkan

Taktik cina Singapore berjaya sehingga hari INI

Adakah Kita sekarang buta sejarah melihat Cara mereka Selama INI di Singapore

Ayuh bangkit sedar

Usul Ahmad Shuaib Ismail dalam #PAU 2014



Assalamulaikumwarahmatullah 

kepada Yab Presiden Umno dan semua kepimpinan Umno dan ahli Umno yang saya kasihi sekalian

Usul saya

Mohon maaf jika ada kesilapan kepada semua rakyat Malaysia, akui mana mana kesilapan yang dilakukan dan rakyat akan menerima dengan jiwa terbuka


1. Kembalikan Umno kepada perjuangan asal tahun 1946 dan  kepada perjuangan cara Rasulullah saw , Sahabat sahabat alim ulamak ajmain dan memperkukuhkan asas aqidah ahlu sunnah waljamaah perjalanan mazhab Shafie.

2. kuatkan perpaduan ahli parti dengan ukhwah dan kasih sayang dalam semua peringkat

3. Gunakan segala kuasa yang masih ada dalam pertahankan Islam dan hak hak Raja dan Melayu Bumiputra dalam perlembagaan serta perkukuhkan perlembagaan dan perundangan sedia ada ke arah melaksanakan suatu hari kelak undang undang jenayah Islam

4. Kuatkan keadilan sosial perpaduan sesama Islam di Malaysia dengan mengajak mana mana Ngo mahupun parti politik seperti Pas bersatu atas dasar Islam

5. memberitahu dasar kerajaan dengan jelas dan membalas setiap isu dengan berkesan dalam apa jua keadaan dan peranan media dan pengurusan maklumat kepada rakyat wajib dipertingkatkan dalam semua sudut

6. Peranan pengurusan isu adalah amat penting dalam menangani politik semasa terkini dalam menangi fitnah dakyah propoganda keji dari pembangkang.

7. Mengambil rama ramai golongan profesional teknokrat cendikiawan ke dalam Umno dengan terbuka dan galakkan berjuang terus mulai peringkat akar umbi.

8. Perubahan hendaklah jelas dilakukan dan terang ia sedang dilaksanakan dengan jujur fakta keterangan hujahan yang tepat dan jitu.

9. rakyat mahukan kekuatan Pemimpin Melayu dalam menjaga Agama bangsa tanah air dalam sama saksama dan adil kepada semua kaum dan agama 

10. Pertahankan hak hak rakyat dan keselamatan rakyat seperti kekalkan akta hasutan, kembalikan akta akta keselamatan seperti ISA dengan tegas melaksanakannya demi kebaikkan semua rakyat Malaysia

Ahmad Shuaib Bin Ismail
Ketua Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor
26112014

Siapa yang mulakan timbulkan isu hak agama dan kaum ???

Isu sekarang kenapa bukan Melayu bukan bumiputra yang mulakan pertikaikan hak hak Islam dan orang Melayu

Kalau taknak pertikaikan hak bukan Melayu maka jangan pertikaikan hak orang Islam hak Melayu hak bumiputra

Siapa yang mulakan . jawapan nya orang bukan Melayu bukan Islam yang mulakan
Antara hak yang bukan Melayu bukan Islam dah pertikaikn terlalu banyak antaranya

1. Isu kalimah Allah
2. Isu Uitm kuota bumiputra dlm kerajaan GLC DLL
3. Isu penghinaan kepada agama Islam Kes vivian DLL
4. Isu perkara LGBT hendak dibenarkan
5. Isu campurtangan urusan Islam seperti IFC comanggo

Dan terlalu banyak lagi

So hormati hak masing masing kan senang supaya tidak timbul lagi isu kerana kerajaan BN sejak Merdeka dah bagus mnjayakan aspirasi negara dan tolak PR yang Cuba rosakkan melalui beberapa perbuatan hasutan dilakukan oleh pemimpin Dap PKR pas sendiri terbukti berlaku

Ahmad Shuaib Ismail
261114