Total Pageviews

Friday, 27 June 2014

Perjuangan sebenar Barisan Nasional

Tugas sebenar Umno ialah jaga semua kaum dan agama
Tugas sebenar MCA ialah jaga semua kaum dan agama
Tugas sebenar mic jaga semua kaum dan agama
Tugas sebenar gerakan jaga semua kaum dan agama
Tugas sebenar Barisan Nasional

Ayuh lakukan perubahan. Jika berlaku apa apa isu melibatkan agama bangsa sama sama semua kompenan BN turun

Masalah air kawasan cina maka semua turun.panggil libatkan semua wakil kompenan parti turun
Masalah penjaja kawasan Melayu semua turun .

Lakukan atas dasar BN

Ubah Minda .

Jangan perjuangkan hak kaum masing masing .perjuangkan semua rakyat

#fahamtak

Monday, 23 June 2014

Menteri Besar Kedah mulai pembaharuan

Saya  suka cara Datuk Mukhriz Tun Mahathir membawa dasar Melayu Islam dan dasar hak rakyat Kedah berbilang bangsa dan agama .

Orang Pas Kedah pun dah mula ramai menyayangi MB Kedah yang tidak memilih serban atau songkok dalam melaksanakan agenda rakyat Kedah

Orang cina India di Kedah mula menerima dengan hati terbuka cara MM di Kedah kerana bagi mereka bukan isu agama dan bangsa seseorang pemimpin tetapi isu ketelusan kredibiliti akauntabiliti seorang pemimpin pada rakyat .

Kita kena memahami bahawa cina India Iban kadazan dan lain lain tidak membenci agama dan bangsa seseorang pemimpin tetapi benci apabila seseorang pemimpin gagal menjadi pemimpin rakyat . mereka pun sedar bahawa perasaan hormat sesama rakyat asas kemajuan negara

India cina kadazan Iban dan lain lain mereka mahukan :

1. Pemimpin mesra rakyat

2. Pemimpin menjiwai masalah keluhan rakyat .

3. Pemimpin yang bebas rasuah serta Amanah

4. Pemimpin yang membawa kejayaan ekonomi dan perniagaan

5. Pemimpin yang dapat menyatupadukan rakyat .

6. Menerima apa masalah dengan hati terbuka

7. Pemimpin yang mudah dibawa berbincang

Kita perlukan berjiwa Melayu Islam bukan berjiwa Melayu liberal Melayu wahabi atau Melayu syiah

Kerana dasar  Islam yang selama ini mendasari pemerintahan Barisan Nasional  membawa keadilan dan keamanan pada semua rakyat Malaysia

Ahmad Shuaib Ismail

Sunday, 22 June 2014

Rukun utama perjuangan Pemimpin Melayu

Saya  Ada 30 cara lawan dakyah Pas
Saya ada 20 cara lawan dakyah PKR
Saya ada 10 cara lawan dakyah Dap

Saya Ada 30 Cara tawan Selangor
Saya Ada 20 Cara tawan Penang
Saya Ada 10 Cara tawan Kelantan
Saya Ada 40 Cara BN dapatkan 2/3 semula

Akan tetapi

Jika kepimpinan masih ramai malas berubah malas belajar sejarah sipam malas belajar kejatuhan kerajaan dan empayar bangsa lain gagal belajar sebab apa rakyat tidak terima kita  maka sia sia

Termasuk gagal memegang 4 rukun utama perjuangan Melayu

Apa itu 4 rukun utama pemimpin dalam  perjuangan Melayu

1. Benar
2. Amanah
3. Penyampai
4. Bijaklaksana

Empat asas kehidupan pemimpin Melayu

1. Syariat
2. Hakikat
3. Tariqah
4. Makrifat

Mudah kan .

Rakyat Malaysia perlukannya pemimpin Melayu yang kuat. Bangsa Melayu terdiri dari pada 55% jumlah rakyat Malaysia

Bangsa cina india kadazan iban dan lain lain perlukan kepimpinan Melayu yang kuat dalam masa sama bangsa Melayu perlukan kerjasama erat mereka bersama sama mentadbir Malaysia

Kita menjadi bangsa Malaysia

Kawasan cina ka kawasan Melayu ka kawasan India ka kawasan Iban kadazan ka semua parti kompenan Barisan Nasional wajib turun bersama sama. Baru nampak yang turun membantu masalah rakyat adalah pemimpin rakyat Malaysia bukan pemimpin tertentu kaum tertentu

Masa wajib berubah . jadikan diri sebagai pemimpin rakyat dan harapan rakyat demi pertahankan prinsip perjuangan Barisan Nasional 

Ahmad Shuaib Ismail

Saturday, 21 June 2014

Cuai jaga anak anak satu kesalahan jenayah

Isu anak OKU

Masyarakat kena peka apa berlaku pada jiran.tak Kira apa bangsa .atas dasar kita warganegara Malaysia

Kejadian yang berlaku di Nilai terdapat anak OKU yang hidup keseorang di rumah

Ingat

Akta Kanak Kanak 2001 memperuntukan hukuman penjara kepada mana mana ibu bapa yang cuai yang menjaga anak anak termasuk membiarkan sakit kelaparan kehilangan kecederaan termasuk penderaan .

Jika tidak mampu jaga anak anak , serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jangan jadikan masalah rumahtangga sebagai alasan menghukum kepada anak anak yang tidak berdosa .

Anak anak adalah antara Amanah berharga dari Tuhan

Anda dan kita juga pernah menjadi kanak kanak

Jiran adalah mata telinga rakyat. Pergunakanlah dengan baik

Friday, 20 June 2014

Umno wajib pertahankan Islam di Selangor

Umno BN Selangor kena cepat berusaha dapatkan Selangor dari rakyat selangor terus dizalimi oleh Pas Dap Pkr semula kerana

Majoriti ummat Islam Selangor sudah tahu siapa Pas . Pas hanya kawan Dap . Pas hanya peralatkan Islam demi nak undi .

1. Pas hendak mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor yang dibawah kuasa Sultan Selangor yang sepatutnya Pas kuatkan

2. Pas menolak hudud dilaksanakan di Selangor

3. Pas gagal arahkan kerajaan Selangor tutup pub disko Rumah urut semenjak 2008 sedangkan pas laungkan maksiat sebelum 2008

4. Pas gagal dakwah dap PKR untuk menjadikan Islam sebagai asas perjuangan PR Selangor

5. Perjuangan pas hanya nak hancurkan Umno BN bukannya nak buat hudud di Selangor 

Tunggu apa lagi

Sebarkan keseluruh pelusuk wall pengundi Islam Selangor

#lifestyle pemuda umno di amerika

Sebab apa orang Melayu Ada undi Pas sampai pas dapat 21 parlimen

Sebab apa orang cina undi dap sampai dapat 37 parlimen ?

Sebab apa Melayu cina India undi PKR sampai PKR dapat 30 parlimen ?

Pernah buat kajian ka
Pernah muhasabah perjuangan BN ka
Syok sendiri ka
Terasa BN kuat lagi ka sampai #lifestyle Kat amerika

Amik sebab sebab diatas

Telek diri sendiri

Wednesday, 18 June 2014

Memo pada Presiden Umno

Memo Khas kepada Presiden Umno Pengerusi BN Dato Seri Haji Najib Tun Razak

1. Umno BN kuatkan semula akar umbi . bantuan segera diberikan kepada semua cawangan cawangan parti komponen BN seluruh negara

2. Perjuangkan isu Nasional di mata rakyat

3. Permohonan maaf oleh semua pemimpin peringkat cawangan kompenan BN di depan rakyat dan masyarakat yang mewakili mereka tidak Kira kawasan pembangkang menang atau tidak dan muhasabah semula prinsip perjuangan BN dan piagam BN

4. Memahami taktik statergi political engineering PR bermula

2004 - 2008

2008 - 2013

2013- 2018

Apa rancangan mereka membolehkan PR menang tahun 2008

Apa perangan PR untuk PRU 14

5. Sebarang isu melemahkan BN wajib ditutup tetapi diperbaiki dimantapkan dari masa ke semasa

6. Gerakkan agenda ekonomi rakyat

7. Perkukuhkan intregiti badan keselamatan seperti polis sprm dll .

8. Kemaskini sistem pentadbiran dan ekonomi .

9. Mainkan isu agenda Malaysia bergantung pada aspirasi rakyat

10. Setiap kesilapan jadikan titik kepada perubahan dan memahami serangan halus PR Setiap masa mereka mainkan isu untuk dapatkan undi sokongan dari rakyat

Ahmad Shuaib Ismail

Perundangan Islam dalam alternatif akta hasutan

Sistem perundangan Islam adalah sistem terbaik mengantikan akta hasutan 1948 . satu kajian ringkas

Undang undang Syariah adalah undang undang terbaik untuk dijadikan rujukan dalam rang undang undang Harmoni yang dikatakan menggantikan akta hasutan 1948

1. Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah.

2. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.

3. Adakah undang-undang Syariah itu hanya mencakupi bidang yang terbatas sebagaimana sangkaan ramai orang?

Adakah tidak terpakai dalam kes kes melibatkan perundangan keharmonian kaum dan agama mengantikan akta hasutan ?

3. undang-undang Syariah, yang sebenarnya sangat luas dan menyeluruh baik dari segi pengertiannya mahupun amalan dan perlaksanaannya.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.w.t di dalam Al-Quran,

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18)

Antara maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman’.

4. Ahli-ahli perundangan Islam yang terdiri dari Ulama’-ulama’ Muktabar boleh melibatkan diri dalam mencari idea bagi alternatif kepada akta hasutan kerana kita  kemudiannya meluaskan lagi definisi Syariah ini daripada maksud jalan yang lurus tadi iaitu meliputi segala hukum-hakam yang diatur oleh Allah S.w.t kepada umat manusia.

Syariah Islam adalah merupakan hukum-hukum perundangan Allah yang termaktub di dalam sumber perundangan utama bagi umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.a.w. Sumber perundangan kedua iaitu hasil ijtimak para Ulama’ termasuk Ijma’, Qiyas, Istihsan, Mursalah Mursoleh dan sebagainya yang berasaskan Quran dan Sunnah juga termasuk di dalam sumber perundangan Syariah.

Undang-undang Syariah ini adalah sebagai pengatur hidup manusia yang perlu berlandaskan segala Perintah dan Larangan dari Allah sebagai Pencipta kepada kita, makhluk dan hamba-Nya maka ia sesuai untuk dirujuk dan mencari faedah kepada pengantian akta hasutan 1948.

5. Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Firman Allah S.w.t lagi :

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka

So kesimpulan

Draf undang undang harmoni hendaklah boleh dirujuk pemakaian kaedah perundangan Islam dalam mengantikan akta hasutan

Kajian ringkas ini pada dasarnya hanya mengambil minda kekawan untuk memastikan jika akta hasutan hendak dimansuhkan hendaklah mengambil Kira element perundangan Islam dalam gubal perundangan baru seperti akta harmoni Nasional

Sekian ....Ahmad Shuaib Ismail

Saturday, 14 June 2014

Kedah akan lebih maju dari Penang

Cara mudah untuk majukan Kedah dan pastikan Kedah menjadi Maju dan rakyat pulau pinang dari pulau pinang boleh mulakan hidup baru di Kedah serta membawa pelaburan domestik baru di Kedah .

1. Membina perlabuhan antarabangsa baru

2. Pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru

3. Pembinaan pusat industrial hub halal terbesar di Asia

4. Memajukan lagi pusat industrial hi tech kulim

5. Pembangunan pesat industrial perlancongan di langkawi , pedu , jerai .

6. Kos sara hidup lebih rendah dari Pulau Pinang

7. Kualiti pentadbiran majlis perbandaran dan majlis daerah bertaraf international

8. Penambahbaikkan kemajuan kampung kampung Melayu tradisi bagi meningkat ekonomi hiliran dan perlancongan domestik .

9. Menambahkan lagi zon ekonomi Desa dan ekonomi industri kecil sederhana

10. Menambahkan lagi isentif pelaburan dan hartanah .

Ahmad Shuaib Ismail

Perkataan MAAF itu yang paling rakyat hendak

Perkataan MAAF itu ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang dalam pru pru pilihanraya


Cara mudah nak dapatkan semula Selangor Pulau Pinang dan Kelantan ialah Pemimpin Umno BN dengan rendah hati memohon " maaf " atas kegagalan menjalankan amanah sebelum ini pada rakyat Selangor Penang Kelantan ..


Kerana sifat rakyat Malaysia ... Perkataan maaf lebih mulia dari perkataan trasformasi rakyat didahulukan pencapaian diutamakan... pada PRU 12 dan PRU 13

Bukannya BRIM bukannya subsidi petrol bukannya KR1M bukannya slogan tsunami cina bukannya slogan hidup Melayu bukannya slogan turun harga bukannya slogan 1 Malaysia bukannya panda bukannya kangkung

#fahamtak