Total Pageviews

Tuesday, 20 May 2014

Dyana gagal jawab soalan kenapa Tunku Aziz keluar Dap

Saksikan sendiri calon Melayu dap dyana sofea gagal beri penjelasan kenapa bekas naib pengerusi Dap yang berbangsa Melayu Tunku Aziz keluar dari Dap ?

Soalan saya tambahan

Lagi satu apa pembelaan kepada bekas pemimpin dan wakil rakyat dap berbangsa Melayu selama ini

Boneka DAP : Dyana Gagal Jawab Soalan: http://youtu.be/EB_QY36hWtc

Analisa siri 6 PRK Teluk Intan

Tugas berat menanti BN

Peluang ramalan ialah BN menang 50 -50 .

so BN dalam keadaan selesa apabila kaum cina lebih menyukai calon BN yang ternyata tiada masalah peribadi dan banyak jasa diberikan oleh kaum keluarga calon BN kepada rakyat sebelum ini

Harapan dari 41% pengundi cina
Harapan dari 38% pengundi Melayu
Harapan dari 19% pengundi India

Setakat petang ni . sokongan terhadap calon BN meningkat

Sebenarnya harapan rakyat Malaysia mahupun BN melakukan trasnformasi perubahan dalam skala politik Tanah air

Politik perjuangan rakyat Malaysia
Hak hak rakyat
Kebebasan
Keadilan
Kerajaan yang bersih
Kerajaan yang memahami kehendak rakyat

Tetapi kita tetap menjunjung perlembagaan negara

Jika hak menyalahi undang undang maka wajib disekat seperti hendak menghalalkan aktiviti lesbian homoseksual LGBT serta dadah umpamanya

BN sedang dalam anjakan paradigma

Rakyat menantikan pemimpin BN yang benar benar memahami aspirasi majoriti rakyat

Kepentingan negara didahulukan dan kepentingan rakyat diutamakan

Ahmad Shuaib Ismail

Monday, 19 May 2014

Politik Anak Malaysia

Gerakan parti berbilang kaum
Dap parti berbilang kaum

Dap dilihat parti cina sebab ramai cina dalam dap

Gerakan dilihat parti cina sebab ramai cina dalam gerakan

Kalau ramai orang Melayu masuk dap gerakan maka Umno boleh bungkus .pas bungkus .MCA mic bungkus

Kerana Malaysia menuju politik anak Malaysia bukan lagi politik perkauman mahupun politik agama

Negara mahu amalkan politik nasional liberal demokratik

Dap PKR membawa politik Malaysia hak semua rakyat

Ahmad Shuaib Ismail

PAS tidak lakukan Di Prk teluk Intan dan bukit gelugor

Antara perkara yang Pas tidak akan guna fatwa Ulamak Pas semasa PRK teluk intan dan bukit gelugor

1. Pas tidak akan cakap undi Pas dapat pahala sebab rakyat akan tanya undi dap dapat apa

2. Pas tidak akan ikut cakap ulamak mereka yang menyatakan siapa kerjasama dengan bukan Islam maka jadi kafir .

3. Pas tidak akan pasal hudud sebab hendak jaga hati dap kerana Ada pemimpin dap cabar pas pilih hudud atau PR

4. Pas tidak akan hukum haram membuka aurat kepada calon dap Dyana sebagaimana mereka Setiap hari kata pada rosmah

5. Pas tidak akan keluar dalil pasal kroni sebab kroni lim yang bertanding

6. Pas tidak akan cakap Ada pemimpin pas ahli pas pergi berjihad di Syria menentang kerjaan Syria semasa kempen

7. Pas tidak akan cakap calon gerakan cina sebab lim kit siang pun cina

Sekian ....

Ahmad Shuaib Ismail

Siri 5 analisa PRK Parlimen Teluk Intan

Analisa PRK Parlimen Teluk Intan siri 5

Kemantapan isu pokok kempen cadangan kepada calon BN 

1. Buktikkan calon BN  sebagai pemimpin rakyat Malaysia semua kaum di teluk Intan

2. Tekankan prinsip Malaysia dan apa yang perlu kita buat sebagai rakyat Malaysia

3. Memastikan pembangunan teluk Intan berjalan seiring kemajuan negara

4. Memastikan setiap rakyat pengundi teluk Intan terbela terjamin .

5. Soal keselamatan rakyat pengundi dalam segi kehidupan yang selesa

5. Fungsi majlis pihak berkuasa dipertingkatkan

6. Rapatkan hubungan antara kaum dan memastikan menyampaikan mesej jelas bahawa perjuangan PR telah pecah belahkan fahaman rakyat Malaysia sewaktu mula mula merdeka

6. Rakyat Malaysia pengundi teluk intan berhak mendapati sistem kehidupan pendidikan infrastruktur yang sempurna

7. Perkemas kini fungsi JKKK dan KRT serta badan sukarelawan lain seperti bomba

8. Pastikan penekanan diberi kepada kefahaman peri pentingkan perpaduan antara kaum agenda utama serta perbanyakkan aktiviti belia serta program masyarakat .

9. Banyakkan lagi sumber perniagaan dan peluang ekonomi serta penerangan dasar baru seperti GST 

10. Luaskan lagi sumber pekerjaan dan peluang pekerjaan kepada penduduk

11. Kmaskini sistem infrastruktur dan mempercepatkan pembinaan jalan lebuhraya merentasi hulu Perak sampai ke Banting Selangor akan menaikkan ekonomi teluk intan dan kawasan hulu Perak

Ahmad Shuaib Ismail
Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Umno

Dap tidak hormati perasaan rakyat Malaysia

Adakah perjuangan dap mewakili rakyat Malaysia ?

Adakah dap pernah belajar jam 730 malam waktu rakyat Malaysia yang beragama Islam lakukan apa

Adakah dap sentitif perasaan rakyat Malaysia yang lain ?

Uitm tiada tempat dalam dasar DAP

Saya juga bekas pelajar lulusan  Fakulti Undang Undang Uitm ..saya seorang ahli Umno dan berterima kasih kepada dasar kerajaan ke atas orang Melayu bumiputra sebagaimana perkara 153 perlembagaan Persekutuan

Uitm dibina hasil perjuangan Umno mahupun kaum Melayu bumiputra mendapat pendidikan sempurna demi memajukan dan memakmurkan negara dan dapat membantu menaiktaraf pendidikan bangsa Melayu bumiputra

Saya malu jika ada keluaran uitm menyokong dap yang jelas hendak menghapuskan hak Melayu bumiputra kepada hak idelogi sosialis hak sama rata tanpa memikirkan kontrak sosial semasa negara kita hendak merdeka dengan persetuan ketua bangsa cina India dll tentang hak istimewa Melayu bumiputra

Sunday, 18 May 2014

Jangan serang peribadi : Analisa siri 4 PRK Parlimen Teluk Intan

Serang Dyana sofea tiada manfaat
Sepatutnya serang dasar perjuangan dap parti sosialis warisan PAP Singapore yang cauvinis rasis , kegagalan kerajaan dap Penang terhadap kesaksamaan peniaga Melayu ke isu kegagalan dap menerima konsep kontrak sosial dalam perlembagaan ,  idealisma perjuangan Dap mengamalkan kuku besi terhadap ahli mereka sendiri serta keputusan pemilihan pemimpin DAP yang belum disahkan oleh ROS pendaftar pertubuhan serta perjuangan DAP yang hendak menghapuskan hak bumiputra termasuk kerakusan anak beranak lim buat dap parti ekslusif keluarga Lim

Tahniah buat presiden Gerakan .Hidup BN !

Tahniah buat Mah Siew Keong sebagai calon kita

Mari kita buktikkan BN " Tradisi Membela Rakyat "

Kempen kita sopan penuh adat bangsa Malaysia

Ya Allah berikanlah kemenangan kepada calon Barisan Nasional yang dipimpin oleh Haji Najib Tun Razak di  PRK Parlimen Teluk Intan

Amin ya Rabbalalamin

Maklumat anda diperlukan oleh pihak Polis

Sebarkan pada seluruh rakyat malaysia yang cintakan keamanan negara

Rakyat Malaysia perlu membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis

Gambar gambar dibawah Dikehendaki polis untuk siasatan

Mana mana Ada maklumat boleh terus menghubungi balai polis berdekatan

Jadilah rakyat mesra polis maka polis akan menjadi mesra rakyat

Tidak rugi kerana ini merupakan salah satu bakti khidmat anda untuk rakyat dan negara

Menegakkan keadilan juga merupakan asas dalam Islam dan mencegah perbuatan buruk ke atas manusia lain juga satu perbuatan mulia dan terpuji .

Perjuangan rakyat adalah memberi kesan baik pada negara bukannya kesan buruk kepada negara .

Mari sama sama siapa kenal gambar dibawah terus buat memberi maklumat kepada balai polis berdekatan tempat anda .