sembanglaw dgn ASI
jangan ganggu parol dr khir toyo
Apa Itu Parol
Melalui sistem parol yang telah diluluskan di Parlimen Malaysia bermula tahun 2008, banduan insaf yang layak dipilih, berpeluang menjalani separuh daripada baki hukuman penuh pemenjaraan di luar penjara (pembebasan awal) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka tidak lagi bergelar banduan tetapi dinamakan Orang DiParol atau singkatannya ODP dibawah Perintah Parol Malaysia.
Sungguhpun begitu, untuk setiap banduan menjadi ODP ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan satu keistimewaan, tetapi satu peluang kedua yang wujud setelah melalui proses penilaian yang ketat oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada pihak Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Kehakiman, polis dan juga sokongan keluarga atau majikan sebagai penjamin kepada bakal ODP itu sendiri. Peluang parol hanya diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman sekurang-kurangnya 1 tahun dan dibawah 7 tahun. Ia juga hanyalah untuk kes-kes yang ringan dan diutamakan kepada kesalahan kali pertama.
dibenarkan bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi perlu berada di rumah pada waktu malam dan sentiasa di dalam kawasan yang ditetapkan. Segala urusan melangkaui perkara ini perlulah mendapat kelulusan pegawai parol terlebih dahulu. Mereka juga perlu melaporkan diri di pejabat Parol Daerah masing-masing pada waktu yang ditetapkan selain diwajibkan menghadiri setiap program intervensi yang dilaksanakan sehinggalah dibebaskan sepenuhnya.
Penubuhan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti dibawah Jabatan Penjara Malaysia bukan bertujuan untuk menghukum ODP. Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada bimbingan koreksional lanjutan melalui penglibatan institusi kekeluargaan agar mereka benar-benar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi insan yang berguna. Ia merupakan proses kitar semula modal insan (recycling of human capital) yang dapat membantu menjana sosio–ekonomi masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah berulang termasuk anasir-anasir negatif yang lain untuk kebaikan negara.
Tanggungjawab orang diparol bawah akta Penjara
46K. Hendaklah menjadi tanggungjawab orang diparol—.
(a) untuk melaporkan diri kepada pegawai parol pada bila-bila masa dan apa-apa tarikh sebagaimana yang diarahkan oleh seseorang pegawai parol dari semasa ke semasa;
(b) untuk tinggal di tempat yang dinyatakan dalam Perintah
Parol;
dr khir toyo boleh kena Penggantungan dan pembatalan Perintah Parol
46M. (1) Jika seseorang pegawai parol mendapati bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan
dalam sesuatu Perintah Parol, pegawai parol itu—
(a) hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Lembaga
Parol melalui urus setianya; dan
(b) hendaklah menempatkan orang diparol itu dalam jagaan Pegawai yang Menjaga penjara yang terdekat.
(2) Sesuatu Lembaga Parol boleh menggantung sesuatu Perintah
Parol—
(a) apabila menerima laporan daripada seseorang pegawai parol bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol; atau
(b) jika Lembaga Parol itu mempunyai alasan untuk mempercayai
bahawa Perintah Parol itu telah dikeluarkan atas maklumat
palsu atau mengelirukan.
(3) Sesuatu Lembaga Parol boleh menyampaikan suatu notis ke
atas orang diparol untuk hadir di hadapan Lembaga Parol itu bagi suatu siasatan dan orang diparol itu boleh membuat representasi kepada Lembaga Parol itu.
(4) Sesuatu Lembaga Parol hendaklah memeriksa dan menilai apa-apa laporan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai parol berkenaan dengan orang diparol yang telah gagal untuk mematuhi
mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol, dan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang diparol itu.
(5) Walau apa pun subseksyen (3) dan seksyen 52, sesuatu
Lembaga Parol boleh membatalkan sesuatu Perintah Parol pada
bila-bila masa, tanpa memberi orang diparol hak untuk membuat apa-apa representasi—
(a) jika orang diparol itu
melakukan apa-apa kesalahan dan
dipertuduh di mana-mana mahkamah bagi kesalahan itu; atau
orang diparol itu meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran seseorang pegawai parol.
(6) Jika Lembaga Parol berpuas hati bahawa orang diparol itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa peruntukan seksyen 46Katau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah
Parol, Lembaga Parol boleh—
(a) mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol itu;
(b) mengubah syarat sedia ada Perintah Parol; atau
(c) membatalkan Perintah Parol itu.
Kesan pembatalan Perintah Parol
46N. (1) Jika sesuatu Perintah Parol dibatalkan, melainkan jika
banduan yang dimaksudkan dalam Perintah Parol itu disifatkan
bebas dengan menyalahi undang-undang di bawah subseksyen .
(3), banduan itu hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang
pegawai parol dan hendaklah dihantar serah kepada Pegawai yang
Menjaga penjara yang terdekat bagi jagaan segera.
(2) Pegawai yang Menjaga hendaklah secepat yang boleh
dilaksanakan menyebabkan supaya banduan dalam subseksyen (1)
dialihkan, dipindahkan atau dibawa ke penjara tempat di mana dia menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum Perintah Parol dikeluarkan untuk menjalani baki hukumannya.
(3) Jika Perintah Parol dibatalkan menurut perenggan 46M(5)
(b), dan jika orang diparol itu masih bebas, orang diparol itu hendaklah disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
(4) Jika orang diparol yang telah disabitkan di bawah subseksyen
(3) dihukum dengan pemenjaraan, pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada serta-merta atau apabila habisnya hukuman pemenjaraannya yang terdahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah yang mengenakan hukuman itu.
(5) Apabila sesuatu Perintah Parol dibatalkan, semua atau mana-mana bahagian remitan yang seseorang banduan itu berhak boleh dibatalkan oleh Komisioner Jeneral.
Ahmad Shuaib asi 0193330608