Friday, 22 May 2015

Salam perjuangan dalam Kemboja

Prinsip perjuangan saya amat mudah 

Seorang pejuang UMNO wajib menjadi seorang Melayu 

Empat syarat pejuang UMNO 

Siddiq 
Amanah 
Tabghligh
Fatanah

Dan anak Melayu berpegang kepada 

Syariat 
Tarekat 
Hakikat 
Makrifat 

Itu sahaja 4 kaedah saya 4 rukun perjuangan saya 

Perjuangan Revolusikan UMNO 

Revolusi mental 

Hidup Melayu 

Hidup UMNO 

Allahuakbar

Revolusikan UMNO dan kepimpinan UMNO kepada kepimpinan baru

Mari semua ahli UMNO kita bangkit niat kerana Allah dan Rasul 

Revolusikan kepimpinan UMNO 

Naikkan kepimpinan baru UMNO yang benar benar berjuang demi agama bangsa tanah air 

UMNO bukan tempat mencari kuasa peribadi pangkat harta dan berlawan sesama ahli UMNO sehingga satu Malaysia melihat pemimpin UMNO sedia Ada berlawan terbuka dengan bekas pemimpin UMNO 

UMNO adalah maruah perjuangan anak anak Melayu tubuh tahun 1946 dan merdeka tahun 1957 

Ayuh revolusi mental 
Revolusikan UMNO 
Naikkan kepimpinan baru UMNO 

Demi Allah dan Rasul dan cintakan agama bangsa tanah air 

Ahmad Shuaib Ismail

Revolusikan umno baru rakyat kembali sokong

Revolusi kan Umno Revolusikan pemimpin Umno 

Kita nak kempen orang sokong kerajaan umno BN tapi kita sendiri gagal buktikkan kredibiliti seorang pemimpin memimpin rakyat 

Revolusikan cara wahai orang umno kerana rupanya masih ramai orang umno sendiri tidak paham perjuangan sendiri  dan tidak mampu lawan dakyah pakatan. 

Rakyat tak nak tahu  apa keburukan pakatan rakyat 

Sebenarnya Rakyat hendak umno BN 

1- jalankan amanah 
2- tadbir negara dengan jujur amanah tabgligh fatanah 
3- hak tanggungjawab  kerajaan kepada rakyat dan hak tanggungjawab rakyat kepada kerajaan 

Rakyat anti rasuah 
Rakyat anti pemimpin pemecah belah 
Rakyat anti penyelewengan 
Rakyat anti hipokrasi 
Rakyat anti pemimpin penipu 
Rakyat anti pemimpin bohong 

Bila perjuangan pemimpin umno dah baik maka orang pas sendri akan sokong umno rakyat sendiri akan sokong umno 

Maka 

Revolusikan umno Revolusikan pemimpin umno 

Revolusi revolusi revolusi 

ASI - Ahmad shuaib Ismail 
19 Mei 2015 

Kita lancarkan lancarkan Revolusikan Umno

Bismilllahirrahmanirrahim 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani 

Saya lancarkan Revolusikan Umno Revolusikan kepimpinan Umno Revolusikan  mental 

Revolusi Revolusi Revolusi 

Hidup Melayu 

Allahuakbar 

Ahmad Shuaib Ismail 
18 Mei 2015

Revolusikan perjuangan Umno

REVOLUSIKAN UMNO 

Anak muda Melayu ramai dah letih masalah demi masalah maka dengan cara revolusi parti Umno itu sahaja jalan terakhir selamatkan perjuangan Melayu Umno sebagaimana sumpah setia anak anak Melayu tahun 1946 

Akan ada golongan muda Melayu yang akan bangkit kelak mengambil alih perjuangan Umno revolusikan umno. 

Tiada lagi mereka memerlukan  nama najib nama mahathir nama Zahid nama muhyidin nama kj nama nama yang buat masalah sesama sendri semua nama meletihkan anak anak muda semua nama yang masing masing membawa liabitii kepada perjuangan Umno semua nama yang memualkan perjuangan generasi muda 

Yang ada nama nama pemimpin muda yang akan bangkitkan membawa semangat perjuangan baru bebas pengaruh dari mana mana pun yang akan bangkit membawa umno ke landasan perjuangan asal demi agama bangsa tanah air 

ASI post 18/5/2015

Monday, 18 May 2015

Revolusikan umno baru rakyat kembali sokong

Revolusi kan Umno Revolusikan pemimpin Umno 

Kita nak kempen orang sokong kerajaan umno BN tapi kita sendiri gagal buktikkan kredibiliti seorang pemimpin memimpin rakyat 

Revolusikan cara wahai orang umno kerana rupanya masih ramai orang umno sendiri tidak paham perjuangan sendiri  dan tidak mampu lawan dakyah pakatan. 

Rakyat tak nak tahu  apa keburukan pakatan rakyat 

Sebenarnya Rakyat hendak umno BN 

1- jalankan amanah 
2- tadbir negara dengan jujur amanah tabgligh fatanah 
3- hak tanggungjawab  kerajaan kepada rakyat dan hak tanggungjawab rakyat kepada kerajaan 

Rakyat anti rasuah 
Rakyat anti pemimpin pemecah belah 
Rakyat anti penyelewengan 
Rakyat anti hipokrasi 
Rakyat anti pemimpin penipu 
Rakyat anti pemimpin bohong 

Bila perjuangan pemimpin umno dah baik maka orang pas sendri akan sokong umno rakyat sendiri akan sokong umno 

Maka 

Revolusikan umno Revolusikan pemimpin umno 

Revolusi revolusi revolusi 

ASI - Ahmad shuaib Ismail 
19 Mei 2015 

Sunday, 17 May 2015

Memahami taktikal PR 2010-2020

Memahami taktikal PR 2010 -2020 ke atas umno bn 

Kekawan  sebangsa dan Seagama saya 

SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI..PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG?

----Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

----UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka.Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri , di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu-satu empayar yang kini sedang berlaku di MALAYSIA.

FASA 1  "SEGMENTIZING THE MALAYS"
Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu. Di mana Melayu berpecah.?

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c ) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan.Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang melayu bila orang bawahan melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki.Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 " CREATING HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY" 
Yang jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka.Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)
b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.
c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri(adakah wujud golongan ini?)

3. FASA 3 " KIPNAPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS" 
bilamana :-

a )"Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.
b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. FASA 4 "PUBLIC ANXIETY" 
bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab melayu" melalui beberapa CARA :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.
b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.
c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

----Kesimpulannya siapakah mereka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah MALAYSIA. Pemimpin saling berserangan. Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri.
Institusi  kekuatan Islam Melayu di fitnah.FELDA( be
rlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan  peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi.Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

----Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di MALAYSIA. Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu. Siapa mereka?

Adakah pihak ini merupakan PR ? 

 I
----Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara.Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti.Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti.Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan.Satukan niat.Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu.Gadaikan amarah.Gadaikan ego buat sementara waktu.Persetankan kepentingan peribadi...

Hj Hadi dan TG Haron Din masih mempertahankan Perdana Menteri kerana mereka faham, mereka look the tree, not the wood. 

UNTUK KITA SAMA-SAMA MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

ASI - 18/5/2015 

Mengenali taktikal jijik PR dalam Isu ROHINGYA

Analisa terkini Isu ROHINGYA yang PR sedang viralkan

Saya nak cerita taktikal PR pasal Isu ROHINGYA 

Kita dedahkan Cara pasukan strategik PR dalam Isu Ini 

Apa objektif mereka sama macam Isu Tabung haji 

1- spin 
2- naikkan emosi rakyat 
3- propaganda jijik 

---- hendak menunjukkan Kerajaan umno bn tidak Bantu - Tiada peri kemanusia 

---- hendak Bagi Tahu dunia dan badan Hak asasi konon Kerajaan tak Bantu 

--- hendak Bagi Tahu Ummat Islam Malaysia konon umno tak Bantu Ummat Islam ROHINGYA 

---- nak buat rakyat benci umno bn 

So Apa Tindakan kita 

1- viralkan Isu sebenar ROHINGYA 

2- terang KAN Bahawa beribu pelarian ROHINGYA Ada di Malaysia sejak tahun 1990 

3- Bagi Tahu Kerajaan telah ambil SEGALA Langkah patut untuk Bantu 

Kita nak lahirkan seramai Boleh perjuangan umno yang memahami taktikal jijik PR agar kita Boleh lawan Dakyah PR dan pertahankan Dasar Kerajaan umno bn 

Sekian #ABCD asalkan bukan Cai dap 

Ahmad Shuaib Ismail 
18/5/2015 

Najib bangkit Dengan 13 jawapan kepada semua fitnah tomahan Persepsi ke atas kerajaan

Monday, May 18, 2015

Najib jawab isu, tuduhan terhadapnya dan kerajaan dalam blog

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya.
Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, berkata: "Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, dan telah menulis pendapat saya mengenainya."

Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan itu dengan menyertakan maklum balas beliau:

1. Tuduhan mengenai isu Altantuya.

a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana ia terus "dikitar semula" oleh Pembangkang.

b. Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu?

c. Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.

d. Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid.

e. Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalang saya daripada menyandang jawatan itu.

Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya.

Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi.

Malah, mereka sanggup melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu.

f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.

g. Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini.

h. Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya, walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi.

i. Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka?

j. Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah'.

a. Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International. Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175?

b. Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.

c. Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai 'berat sebelah' apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu? Nampaknya di sini, ada berat sebelah.

d. Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah. Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.

e. Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.

f. Bank Dunia menaikkan kedudukan kita daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks 'Ease of Doing Business' mereka.

g. Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu?

h. Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan. Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagi pada tahun-tahun akan datang.-17/5/2015

Usah buat spekulasi, kesimpulan mengenai 1MDB, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau kesimpulan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa bersandarkan maklumat yang akan diumumkan Ketua Audit Negara, tidak lama lagi.

Dalam catatan terbarunya di blog NajibRazak.com bagi menjawab tuduhan mengenai 1MDB, Najib berkata, laporan itu akan memperincikan butiran kewangan syarikat pelaburan berkenaan.

"Kita semua mahukan jawapan yang terperinci tetapi lebih wajar kita membiarkan juruaudit melaksanakan tugas mereka dan memaklumkan dengan jelas apakah keadaan sebenarnya.

"Jika kita membuat kesimpulan terlebih dulu, kita hanya melemahkan mereka, sepertimana dilakukan ramai yang lain. Ini bukanlah prosedur yang betul," katanya.

Tegas Perdana Menteri, jika rakyat ikhlas mencari kebenaran di sebalik isu membabitkan 1MDB, mereka seharusnya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih (seperti Ketua Audit Negara) dan bukannya diperolehi dari portal berita pihak ketiga atau mana-mana blog dalam talian yang mempunyai agenda tersembunyi.

Malah, kata Najib, adalah tidak adil bagi segelintir ahli politik untuk 'menghukum kerajaan dalam mahkamah persepsi awam' sebelum fakta sebenar diumumkan pihak berkuasa yang sahih seperti Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dwipartisan.

"Apabila kebimbangan (mengenai 1MDB) dibangkitkan, saya mahukan penjelasan yang terperinci dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB.

"Sesiapa yang didapati bersalah melakukan sebarang penyelewengan atau salah laku akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Sementara itu, dalam laporan berita terbaru, 1MDB berkata lembaga pengarah dan barisan pengurusannya memberi kerjasama penuh kepada pihak Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan PAC bagi membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan.-17/5/2015

PM nafi abaikan bumiputera bagi dapatkan kembali sokongan orang Cina dan India

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan beliau mengetepikan tindakan afirmatif untuk Bumiputera dalam usaha mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India.

"Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut," kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam blog NajibRazak.com.

Dalam catatannya itu, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan kerajaan, selain memberi maklum balas beliau berhubung perkara itu.

"Sebagai prdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera," tegas beliau.

Najib berkata fokus utama beliau ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberikan kepada semua kaum.

"Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi," kata beliau.

Mengenai dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia, Najib menjelaskan bahawa 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan, dan perbezaan paling utama dengan konsep 'Malaysian Malaysia' ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.

"'Malaysian Malaysia' pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat taksa. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentu sekali tidak akan ada Majlis Permerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi.

"Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat ekslusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing," kata beliau.

Oleh itu, katanya, untuk mengatakan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia merupakan suatu perbuatan memutarbelitkan realiti, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk menipu orang Melayu.

Mengenai 'jambatan bengkok' yang kononnya kerajaan tidak berani membina jambatan itu di atas tanah Malaysia tanpa mendapat kelulusan daripada Singapura, Najib berkata jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatanganinya.

"Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran nyata daripada PUB (Lembaga Kemudahan Awam) Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa," kata beliau.

Perdana menteri berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa.

"AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik PUB Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB," kata Najib.

Beliau berkata hubungan Malaysia-Singapura telah meningkat "ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara".

"Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapi berkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara," jelas beliau.-17/5/2015

BR1M satu langkah ekonomi, bukan rasuah, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari Ahad mengulangi bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah satu langkah ekonomi dan bukannya rasuah.

Tegasnya, BR1M adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara terdiri daripada pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan yang kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik.

"Ingin saya ingatkan, BR1M diberikan kepada semua tanpa mengira kecenderungan politik individu berkenaan. BR1M diberikan tanpa mengira bilakah pilihan raya akan diadakan.

"Nurani saya jelas, BR1M adalah langkah ekonomi, bukannya rasuah," kata Perdana Menteri dalam catatan terbarunya di blog 'NajibRazak.com' sebagai menjawab tuduhan bahawa BR1M adalah rasuah.

Najib berkata, ada segelintir ahli politik yang membangkitkan bahawa biarpun adanya BR1M, tetapi rakyat "tidak bersyukur."

"Ini adalah sebabnya mereka percaya ia rasuah dan tidak berada dalam laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kita melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik," katanya.

Malah, kata Najib, jaringan keselamatan sosial seumpamanya itu turut dilaksanakan di banyak negara-negara lain, termasuk ada yang menggelarnya "manfaat pengangguran" yang menyasarkan kumpulan penganggur.

Sebaliknya BR1M menyasarkan kumpulan berpendapatan rendah dan kedua-duanya pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana menyasarkan kumpulan rentan.

"Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh yang menyasarkan golongan yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini.

"Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan, kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh," kata Najib.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi bersasar dan Jawatankuasa Fiskal percaya ia dapat mengurangkan ketirisan selain meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.

BR1M turut memenuhi keperluan mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Perdana Menteri, ketika sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya.

Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukanlah regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini menerima ganti rugi.

Malahan, sebahagian besar hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan berkenaan.

"Orang selalu berkata, berikan seseorang itu seekor ikan dan kamu hanya memberinya makan untuk sehari. Ajarlah dia untuk memancing, maka kamu mengajarnya untuk makan sepanjang hayatnya. Namun, dalam dunia realiti, kita perlu melakukan kedua-duanya.

"Memberi bantuan kepada yang memerlukan dan pada masa sama, membuat pelaburan dalam pendidikan, peningkatan kemahiran dan produktiviti," kata Najib.

Malah, Kementerian Pendidikan, katanya, menerima peruntukan terbesar daripada bajet.

Selain itu, kata Perdana Menteri, kerajaan turut mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan di bawah pelbagai kementerian.

Menerusi blognya itu, Najib turut menjawab tuduhan bahawa beliau mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan mewujudkan agensi baharu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) bagi merancang pembangunan negara.

"Saya menubuhkan PEMANDU sebagai badan penyelaras untuk menyelia program transformasi yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sudah pastinya tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU kerana ia adalah sebuah badan ekonomi," tegasnya.

Bercanggah dengan apa yang dikatakan sesetengah pihak, Nabib berkata beliau meletakkan kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bagi memastikan kejayaan ETP.

"Malah saya turut melantik seorang daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) paling berkebolehan untuk menerajui EPU," katanya.-

Tun Dr Mahathir istihar keluar Umno

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini. 

Dalam reaksinya, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Dr Mahathir juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. 

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya. 

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya. 

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'

Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejak

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya. 

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negara

Ditanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti. 

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia. 

mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union. 

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan. 

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri. 

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan. 

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja. Sumber malaysiakini

Punca sebenar Dr Mahathir lawan Najib ialah team batu Api

Saya Terpaksa bongkarkan Hari ini rahsia  punca utama  Dr Mahathir menentang  ds Najib 

Sebenarnya Dr Mahathir Amat sayang kepada Ds Najib dan anggap beliau macam Anak beliau sendiri 

Punca Asal ialah Team batu api punca sebenarnya menghasut Dr Mahathir lawan Najib 

Team batu Api terdiri Dari 

1- Bekas Ahli umno yang keluar masuk umno dan pemimpin PR Serta Bekas MB 
2- Bekas Ahli perniagaan Zaman Dr Mahathir jadi PM terdiri bangsa Melayu cina dan India 
3- musuh musuh politik Najib 

Apa yang team batu Api buatkan Dr Mahathir lawan Najib ialah 

1- mereka buat cerita kata Najib kata yang dia bukan lagi Anak didik kesayangan Dr Mahathir dan tidak Akan Dengar Satu pun  Nasihat Dr Mahathir. 

2- team batu Api kata mereka  nak Bagi mukhriz kalah di Kedah masa pru 14 

3- mereka kata semua perniagaan  kawan kawan Dr Mahathir mereka nak sekat 

Tiga Antara Sebab team batu Api yang mulakan nak lagakan Dr Mahathir Dengan Najib 

Mereka Cadangan dr Mahathir lawan Najib Dengan guna antaranya Isu 1 mdb 

Tu la cerita punca batu batu api yang apikan Dr Mahathir lawan Najib 

Sekian 

ASI post - 17/5/2015

Antara kemungkinan perancangan Dr mahathir selepas 16 Mei

Apa yang perancangan Dr Mahathir akan lakukan ?  Setelah Isu 1mdb dan altantuya gagal - Saya senaraikan antara 10 antara perancangan taktikal politikal bakal dilakukan oleh dr mahathir seterusnya ialah 

Saya dedahkan hari ini - tak percaya tengok apa saya cakap pada 16/5/2015 akan berlaku selepas ni :- 

1- dr mahathir akan ajak najib berdebat umum dan masuk TV 

2- dr mahathir akan mainkan isu pasal pemilihan parti 

3- dr mahathir akan tarik ts muhyidin secara terbuka dalam isu dr mahathir - Najib 

4- dr mahathir mainkan isu peribadi keluarga Najib dan minta keluarga najib disiasat  pulak 

5- dr mahathir akan mainkan isu pasal GST kata bebankan rakyat  

6- dr mahathir akan main isu libatkan dasar Melayu bumiputra konon najib gagal perjuangan dasar deb Melayu bumiputra 

7- dr mahathir akan main isu najib gagal jaga industri kereta Proton 

8- dr mahathir akan keluar sekali lagi dari umno dan mainkan sentimen supaya ahli umno lihat najib seorang pembawa masalah kepada umno 

9- dr mahathir akan create isu isu najib sokong perlaksanaan tppp 

10- dr mahathir akan terus create isu untuk hancurkan imej najib kerana selagi imej najib tak hancur maka susah la  dr mahathir nak pergi ke plan kedua 

ASI post 16/5/2015

Surat Dr Mahathir kepada Almarhum Tunku Rahman Bapa Kemerdekaan Negara

Kita bongkarkan Surat Dr Mahathir kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia almarhum Tunku Rahman bukit Jelas Dr Mahathir bukan Sahaja jenis seorang yang buat masalah terhadap ds Najib tetapi  sejak dulu lagi dan Dr Mahathir buat tomahan kata almarhum Tunku kaki poker dan Anak Siam dan Dr Mahathir mengaku dia Ada dua Sudu darah Pakistan dalam diri dia 

Bacalah - 

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari 
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Ulasan ringkas PRK Permatang pauh

Ulasan ringkas prk Permatang pauh 

Umno bn DAPAT undi 21 ribu petanda Jelas sokongan separuh pengundi Melayu Permatang pauh kepada umno 

Pkr DAPAT 30 ribu dan majoriti 8 ribu Bukti Jelas pkr menang bukan Dengan undi pengundi Melayu tetapi undi lebih 10 ribu pengundi cina. 

Jika Permatang pauh 100% pengundi Melayu maka tidak mustahil umno Akan menang dalam prk Permatang pauh 

Bukti Jelas fakta Jelas 

Sebab ini ulamak pas seperti Tuan Guru Dr Haron din mula sedar selepas pemimpin cina Dap panggil Presiden Pas Tuan Guru  Haji Hadi sebagai khianat dan dap putuskan hubungan Dengan Presiden Pas maka ulamak Pas Sekarang sedang susun untuk agenda Penyatuan Melayu dan Ummat Islam pas umno 

Ulamak pas seperti Dr Haron din sedar perpaduan Ummat Islam Dengan umno lebih utama berbanding terus men buat tahaluf siasi Dengan dap pkr 

Tindakan segolongan Melayu PR kata umno celaka sebenarnya menambahkan lagi kebencian Ramai orang Melayu kepada perjuangan PR Kerana Persepsi mereka Jelas iaitu sama Seagama sebangsa mereka maki Hamun celakan tetapi sama harbi dapigs mereka senyap seolah dapigs maksum suci takda buat seleweng takda buat Jahat tapi saudara Seagama Dari umno yang Jika emak bapak mereka Mati maka yang terlibat uruskan jenazah Dah tentu Ada dikalangan orang umno 

Dan 

Masa solat berjamaah di masjid Surau Dah tentu orang umno Ada sekali bersama orang pas dan Ummat Islam lain 

Sekian 

#ABCD asalkan bukan Cai Dap 

Ahmad Shuaib Ismail