Saturday, 21 March 2015

Antara propoganda PR tahun 2015

Antara Propoganda PR antara yang penting tahun 2015 


Untuk pembinaan asas sokongan mereka kepada golongan Muda sasaran pengundi umur 18 tahun ke atas aset Pru 14 ialah 


1. Serangan peribadi pemimpin umno dan Barisan Nasional 


Dengan cara 


Persepsi 

Fitnah 

Hasutan 


2. Isu hudud perkauman agama 


Setakat ini mereka gagal 


Senjata Makan tuan 


Kerana mereka ingat bn berpecah pasal hudud sedangkan mereka bakal berpecah 


Kah kahkah kasi gelak sekali puiiii


3. Isu Hutang Negara 


4. Isu perbelanjaan Negara 


5. Isu gst dan minyak 


6. Isu harga barang 


7. Isu kemiskinan 


8. Isu Sabah Sarawak 


9. Isu kredibiliti pengurusan Kewangan Negara 


10. Isu sistem kehakiman dan keadilan 


Mudah Sahaja nak baca antara perancangan utama propoganda mereka 


So apa tugas kita 


1. Politik fakta bagi menjawab soalan mereka 


2. Pengurusan persepsi 


3. Kepimpinan yang mantap 


4. Kredibiliti kepimpinan 


5. Pertahankan dasar sedia Ada Kerajaan umno bn 



Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 


22/3/2015 

Kenapa kita perlukan Pas kekal Dalam pakatan

Hujahan Ringkas kenapa Kita perlukan Pas kekal dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sehingga Pru 14 


1. Agar ummat Islam nampak apa agenda dap pkr kepada ummat Islam dan bangsa Melayu 


2. Agar Rakyat bukan Islam nampak permainan agenda dap pkr kepada Rakyat Malaysia 


3. Agar Presiden Pas terus bangkit buktikkan siapa dap pkr sebenarnya kepada Rakyat Malaysia 


Kenapa ?


Sebab jika kita orang umno kata apa apa kat dap pkr maka pencacai pencacai Akan spin tapi jika Presiden Pas dan ulamak Pas sendiri kata kat dap pkr adalah sekular maka apa pencacai nak spin Lagi ha ha ha



Ahmad Shuaib Ismail 

21/3/2015 

Friday, 20 March 2015

8 cadangan kepada Yb Lim Kit Siang

8 Cadangan Saya kepada YB Lim Kit Siang 


Yb lim , yb Tahu KAN pas telah langgar agenda konsensus pakatan 


Yb lim , pas dan umno dah buat Kerjasama di Kelantan membelakangkan dap dan pkr 


Yb lim , pas menjadi liabiliti kepada pengundi dap 


Yb lim , sejak bila Dap Percaya pada Pas 100% ? 


Yb lim tak baca ke wassap dr Zuhdi AJK Pas pusat pasal isu perjuangan Pas Dalam pakatan macam mana 


Yb lim , pas tak hormat Pendirian dap walaupun Ada dap dah bagi amaran kepada pas tentang hudud Kelantan 


Yb lim Takkan tak Tahu hubungan baik murshidul am Pas sekarang dengan umno 


Yb lim Takkan tak Tahu bahawa agama dan bangsa pemimpin pas dan umno adalah sama 


Yb Lim 


Tiba masa yb dan pakatan pecat Pas keluar Dari pakatan Rakyat 


Sekian  

Pas bubar Parti menurut wasiat Arwah Tok guru Nik Aziz umno terima hudud Kelantan

Bila nak laksana wasiat arwah Tok guru nik Aziz kata pas bubar Parti jika umno sokong hudud 

So bila nak bubar Parti dan masuk umno 

Ha ha ha 

Bukti jelas pemimpin Pas menipu dan fitnah Tun Dr Mahathir pasal hudud Kelantan selama puluhan tahun

Tiada darurat diisitihar di Kelantan sebab buat hudud 



Taktik pas akhirnya terbongkar 


Jelas pemimpin Pas selama bohong pada Rakyat konon kalau Pas buat hudud di Kelantan maka Kerajaan kemungkinan istihar darurat 


Dulu mereka fitnah tun dr mahathir konon tun halang hudud Kelantan sedangkan jelas adun umno sejak tahun 1993 mengundi perlaksanaan hudud 


Maka pas sekarang Dalam dilemma sama dap pkr 


Kah kah kah  

Thursday, 19 March 2015

Pas berjaya melawan Dap pkr dan Kerjasama dengan Umno telah bermula dengan hudud Kelantan

Pas perlu belajar tentang Pengertian kasih sayang dalam islam....

Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” – Surah Al-Hujuraat [49]:13

Malulah jika mengaku Islam, tetapi tidak memahami kasih sayang sebenarnya.

Sedih melihat saudara-saudari yang kebanyakan Muslim tetapi meyakini hari tertentu sebagai simbol kasih sayang.

Semoga itu hanyalah kerana minimumnya ilmu – daif terhadap ajaran.

Semoga diberi kekuatan dan semangat untuk mengkaji dan mengaji sehingga menjadi faham dan terkumpul dalam lingkungan orang yang soleh.

Padahal jika kita lebih jauh mengenal Islam, sesungguhnya Islam adalah agama yang penuh kasih sayang.Tahukah bahawa hari kasih sayang Islam versi Rasulullah Muhammad SAW?

Fathu Makkah, yang diabadikan dalam Al Qur’an sebagaiFathan Mubiiina (kemenangan yang nyata) terjadi pada bulan Ramadan, tepatnya pada tanggal 10 Ramadan tahun ke-8 Hijriyah.

Pasukan Islam dari Madinah masuk ke kota Makkah dengan damai tanpa peperangan.

Diizinkan Allah memperoleh kemenangan besar. Ribuan tawanan musuh diberi amnesti massal… Rasulullah berpidato kepada ribuan tawanan perang.

“…hadza laisa yaumil malhamah, walakinna hadza yaumul marhamah,wa antumut thulaqa….”

Wahai manusia, hari ini bukan hari pembantaian, melainkan hari ini adalah hari kasih sayang, dan kalian semua merdeka kembali ke keluarga kalian masing-masing.

Pasukan Islam mendengar pidato itu merasa terkejut juga.

Berjuang hidup mati, diperhinakan sekian lama; tetapi ketika kemenangan sudah di genggaman, musuh puladibebaskan.

Itu pun belum cukup. Rasulullah SAW memerintahkan rampasan perang dan pelbagai harta benda dan ribuan unta diberikan kepada para tawanan.

Sementara itu pasukan Islam tidak memperoleh apa-apa.

Mereka mengeluh dan memprotes. Mereka dikumpulkan dan Muhammad SAW bertanya: “Sudah berapa lama kalian bersahabat denganku?”

Mereka menjawab; sekian tahun, sekian tahun.

“Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?”

Tentu saja sangat mencintai.

Rasulullah SAW mengakhiri pertanyaannya:

“Kalian memilih mendapatkan unta atau memilih cintaku kepada kalian?”

Menangislah mereka kerana cinta Rasulullah SAW kepada mereka; cinta yang tidak boleh dibandingkan dengan bumi dan langit.

“Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri. –H.R. Bukhari

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda :

“Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari.” (HR. Muslim).

Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang.

Dalam hadis Nabi SAW :

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim

Bahkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi melalui Anas ra. Nabi SAW bersabda :

“Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang.”

Jadi jelas bahawa yang masuk surga itu hanyalah orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang tanpa dibayangi dengan niat-niat jahat.

Rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan dan kesenangan duniawi.

Makna kasih sayang tidaklah berhujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama anusia sepanjang kehidupan di dunia ini ada.

Ini bererti bahawa Islam tidak mengenal waktu, jarak dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.

Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir.

Saat itu datanglah seekor burung merpati di atas khemahnya.

Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya.

Tatkala dia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada.

Dia pun tidak mhau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang telah dibuat.

Maka kota itu dinamakan sebagai kota fasthath (khemah).

Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kasih dan sayang.

Pas perlu bersama Umno  mencontohi teladan Nabi SAW dan para sahabat dalam perkara ini. Moga beri manfaat buat diri dan semua. Insyaa Allah.

Tarikh pembebasan Anwar Ibrahim telah diperolehi

Tarikh pembebasan Anwar Ibrahim telah diperolehi 

Ini membuktikkan sistem kehakiman Malaysia adil dan Saksama 

Beliau dihukum penjara selama 5 tahun  dipenjarakan pada bermula 10 febuari 2015 dan tamat pada 10 febuari 2020 

Tarikh wawasan 2020 ... Terbaik la Dato seri Anwar Ibrahim 

Jika mengikut amalan semasa hukuman penjara kebiasaannya 2/3 Dari tempoh penjara 

Maka mungkin Anwar keluar sekitar tahun 2018 

Sekian 

Wednesday, 18 March 2015

Notis debat kepada Dap MCA Gerakan Dari Ajmad shuaib Ismail

Notis debat kepada penasihat undang undang Parti Dap Parti mca Parti Gerakan 


Ahmad Shuaib Ismail 

      -lawan - 


MCA DAP GERAKAN


TAJUK : apahal korang sibuk pasal hukum hudud  ke atas orang Islam termasuk DYMM sultan Kelantan  nak buat hudud . Korang nak apa " 


Hp saya 0193330608 


Ahmad Shuaib Ismail 

19/3/2015 

Koleksi hujahan peguam ke atas hudud Pas Kelantan

Ringkasan hujahan saya mengenai hudud Kelantan 

Hudud kena laksanakan juga di Kelantan walaupun hanya orang Islam kena hudud tapi daripada Takda baik kita cegah orang Islam dan jaga Akan harta maruah aqidah nyawa ummat Islam Akal 


Saya dah print screen 

Boleh ambil dan nilaikan SENDIRI 

Ahmad Shuaib Ismail 
19/3/2015 




















Umno ...Puisi sepanjang zaman

Puisi sepanjang zaman 


" tamadun Melayu ... Islam Melayu umno berpisah Tiada " 


Nukilan : Ahmad Shuaib Ismail 


Umno satu satunya Parti Anak Melayu yang wujud Dalam DUNIA 


Pertahankan umno sama pertahankan agama 

Pertahankan umno tanda Membela maruah bangsa 

Membela maruah bangsa sama pertahankan tamadun Melayu baru


Maha suci Allah beritahu 

Dalam alquran 

Dia me ciptakan pelbagai bangsa dan Kaum 

Agar kenal sama sama 

Umno buat suruhan Allah 

Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu bersatu 

Umno cipta kabilah Melayu baru 

Umno bangkitkan semula bangsa Melayu 

umno ikut perintah Allah 

Gagaskan perjuangan bangsa 

Demi Mencari kata Akhir ayat yang bertaqwa Berada disisi Allah 


Umno 


Lambang maruah Anak Anak Melayu 

Pantang undur sebelum ajal 

Tanah air tanah Melayu 

Bangkit kita pertahankan 

Biar Darah menjadi perhitungan 

Biar nyawa menjadi ganti 


Umno 


Digeruni lawan mahupun kawan 

Lambang jati bangsa 

Lambang kekuatan bangsa 

Lambang kedaulatan raja raja Melayu 

Lambang Islam di tegakkan 

Lambang sunnah nabi saw dipertahankan  


Umno 


Nama untuk Anak Anak Melayu 


Maruah Anak Anak Melayu terletak pada umno 

Kepada Allah jua kita ber serah 


Agar umno kekal mendapat lindungan Allah dan syafaat nabi Muhammad saw 


Ahmad Shuaib Ismail 

18/3/2015

Monday, 16 March 2015

Kita masih gagal kenal musuh kuasa Politik Melayu Islam

Musuh melihat jika hendak hancurkan kuasa politik Melayu Islam maka hendaklah lemahkan Pegangan aqidah dan Adat Budaya Melayu 

Kita selalu kaji untuk hancurkan  perancangan pas 

Pas selalu kaji untuk hancurkan  perancangan umno 

Tetapi musuh agama bangsa tanah air sedang kaji Jalan untuk  hancurkan kuasa umno dan pas membawa kepada kuasa politik Melayu Islam dengan cara 

1. Dadah pangkat harta 
2. Hiburan terlampau 
3. Rasuah seleweng tiris
4. Ancaman aqidah 
5. Letak petrol Ron 97 dalam perpaduan ummah Melayu  

Gerakkan fahaman sosialis lgbt berkembang pesat 

Akhirnya Kita tidak Tahu siapa kawan siapa lawan yang mana musuh kita gagal kenal 

Yang untung siapa 
Yang rugi siapa 

Kita nampak tapi tak ramai nampak sebab apa 

Sebab kita masih ingat kuat sedangkan para pengkhianat para musuh siang malam gagal tidor Demi melihat kuasa politik Melayu Islam berakhir 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 

16/3/2015

Tindakan PDRM ikut Alquran dan Sunnah Dalam menangkap penjenayah dan suspek


Tindakan PDRM menangkap mana mana pemimpin termasuk Ahli Parlimen yang buat kesalahan adalah Menepati ajaran  hukum Alquran dan hadis 


Beribu Perempuan malah berstatus Emak kepada Anak Anak kena tangkap dan dipenjara malah Ada dihukum gantung sampai Mati   pasal buat jenayah selama ini di Malaysia 


Tindakan polis menangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul IzZah adalah selaras dengan perundangan Negara dan Menepati hadis nabi saw yang mana nabi saw jelas menyatakan sesiapa buat salah hendaklah dihukum walaupun Anak SENDIRI 


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1809.


Dari 'Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: "Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw," Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: "Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?" Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: "Hai orang banyak! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. "


Ahmad Shuaib Ismail 
16/3/2015 

Sunday, 15 March 2015

Imej haji hadi lebur ? 17 AJK PAS keluar dari sokong Presiden Pas

Bukti makin jelas 

Kepimpinan Presiden Pas tuan guru haji Hadi Awang ditolak 

Hahahaha padan muka siapa suruh bahalol serasi sama dap pkr hahaha

Mana Pejuang Islam Pas mana ulamak Pas mana kiyai kiyai wali wali Pas 

Apa dah jadi 

Begitu mudah dokumen rahsia Negara dibawa keluar ke media sosial


Amat mudah 

Kerja siapa 

Siapa yang kerja dengan Kerajaan Malaysia 

Siapa yang dedahkan keluar dokumen bertaraf sulit 

Kenapa selalu berlaku 

Adakah Kita masih gagal belajar tahap keselamatan Negara adalah jantung Rakyat ? 

Ahmad Shuaib Ismail 
16/3/2015


Statergi Terbaik tewaskan Dap Pkr Pas

Ubat Terbaik untuk Pejuang Umno untuk menentang Pas dap pkr pasma bersih samm dan seangkatan mereka 


Tak perlu pergi Jauh 


Jalan Terbaik acuan Terbaik yang telah disediakan Allah dan Rasul kepada kita dalam pertahankan Negara kita Dari diperintah oleh dap pkr pas 


Termasuk pertahankan aqidah bangsa Melayu agama kita bangsa kita tanah air kita Dari ancama komunis syiah sosialis gay peliwat fremason illuminati Jesuit Zionis 


Iaitu kembali kepada Allah dan Rasul 


Pegang empat rukun Pejuang 


1. Syariat 

2. Hakikat 

3. Tasauf 

4. Makrifatullah 


Pegang pada empat Prinsip 


1. Siddiq 

2. Amanah 

3. Tabligh 

4. Fatanah 


InsyaAllah 


Umno kekal gagah di nusantara 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

16/3/2015 

Kenapa Pas wajib tinggalkan Dap Pkr

Kenapa pas wajib tinggalkan dap pkr 


Ciri-ciri Prinsip Harakah Islamiah


1. Gerakan Yang Bersifat Rabbaniyyah.

Harakah Islamiyah adalah bersifat Rabbani kerana keseluruhan konsep, hukum-hakam, akhlak, tata-tusila dan pemikirannya adalah bersumber dari agama Allah yang kekal abadi dan risalah yang terakhir. Harakah Islamiyah adalah satu gerakan menyeru manusia kepada Allah bukannya kepada kepentingan para petugas di dalamnya atau orang-orang yang memikul tanggungjawab. Allah berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya:
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(Surah Al-An’am 6: Ayat 162)

Harakah Islamiyah bukanlah sebuah organisasi sebagaimana sebuah parti politik biasa pada masa sekarang. Harakah Islamiyah juga bukanlah sebuah organisasi yang menjadi tempat perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi mencapai tujuan-tujuan atau kepentingan peribadi sebagaimana yang berlaku dalam organisasi-organisasi lain pada hari in. Tetapi yang lebih penting dalam Harakah Islamiyah ialah pemimpin atasan atau orang besar terlebih dahulu mematuhi syariat Allah sebelum diikuti oleh para pengikut bawahan dan anggota biasa.

2. Gerakan Yang Bersifat Tersendiri.
Harakah Islamiyah bersifat tersendiri dengan maksud kelahirannya di tengah-tengah (umat Islam), (di atas dasar kesedaran mereka sendiri) bukan diimpot atau ditiru dari timur mahupun dari barat sebagaimana lahirnya organisasi dan persatuan-persatuan yang lain. Ini adalah kerana dakwah kita (yang dibawa oleh Harakah Islamiyah) adalah dakwah kepada Allah manakala perasaan berhajat kepada agama pula merupakan satu ciri yang sangat kuat bagi umat ini. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat penting. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya, iaitu ajaran Islam itu sendiri.

2.1. Gerakan Pembawa Kemajuan.

Dengan segala kendungan bawaannya sama ada dari sudut akidah, syariat dan pandangannya terhadap ‘alam, manusia dan kehidupan menjadikan Harakah Islamiyah gerakan yang paling cekap dan paling mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia dan kehidupan dibandingkan dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat serba lemah dan serba kekurangan.

Namun demikian kemajuan dalam Islam bukanlah sebagaimana yang dikehendaki dan difahami oleh golongan yang mendakwakan diri sebagai pejuang kemajuan, kerana kemajuan mengikut pengertian golongan ini adalah palsu lagi merosakkan, kemajuan yang terlepas dari ikatan akhlak dan kesusilaan yang luhur. Kemajuan dalam Islam dalam erti kata yang sebenar ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia, pemikiran mereka dan akhlak mereka, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai atau menyingkap rahsia-rahsia di sebalik kejadian alam yang agung ini, yang bukan bertujuan semata-mata untuk menciptakan satu pencapaian baru dalam bidang ilmu. Tetapi tujuan sebenar kemajuan tersebut ialah demi untuk demi untuk menambahkan lagi makrifat manusia terhadap kebesaran, keindahan, kekuatan dan keagungan Allah, Tuhan Semesta Alam ini.

Kemajuan dalam Islam menyuruh manusia supaya mengambil segala alat-alat ciptaan sesuai dengan penerimaan ‘akal-fikiran dengan syarat barang-barang tersebut hendaklah digunakan kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada umum. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w:
“Ambillah hikmah itu dari mana saja datangnya”.

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
“Hikmat itu barang kehilangan orang Islam, di mana saja beliau menemuinya, ialah yang lebih berhak menerimanya.”



2.2. Gerakan Yang Syumul.

Harakah Islamiyah mestilah gerakan yang syumul dengan pengertian dakwah dan usaha kerjanya tidaklah dibataskan untuk memperbaiki satu sudut atau sudut-sudut tertentu sahaja dari kehidupan ini, dengan membiarkan sudut-sudut yang lain kerana sifat-sifat keIslaman Harakah Islamiyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulannya.
Oleh yang demikian gerakannya adalah dakwah salafiyyah kerana ia menyeru manusia supaya kembali berpegang kepada sumber Islam yang asli iaitu Al-Qur’an dan Sunnah rasulullah s.a.w.
Ia juga adalah dakwah dan tarikat sunnah kerana ia bekerja menghidupkan sunnah yang mulia di dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Ia juga adalah dakwah yang mempunyai ikatan Rabbaniah (Rabitah Rabbaniah) kerana ia yakin bahawa asas kebaikan itu ialah kebersihan jiwa, kesucian hati dan adanya ikatan hubungan yang mantap dengan Allah s.w.t.
Ia juga merupakan Harakah Siasah (politik) kerana ia bekerja serta bertanggungjawab kepada urusan umat Islam disetiap bidang.

2.3. Harakah Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fekah.

Harakah Islamiyah meyakini bahawa perbezaan dalam perkara-perkara cabang (furu’iyyah) dalam bidang fekah, adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian Harakah Islamiyah berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar-dasar pokok (usul) ajaran Islam serta kaedah-kaedah yang telah disepakati.
Berhubung dengan pendirian ini Al-Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah merumuskan:
“Kita bukanlah sebuah parti politik, sekalipun politik (siasah) yang berasaskan kaedah-kaedah Islam adalah intisari fikrah kita. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan sekalipun amal kebajikan dan khairat adalah di antara tujuan gerakan kita yang sangat besar. Kita juga bukan perkumpulan riadah sekalipun riadah atau rekreasi dan riadah ruhiyyah adalah di antara wasilah-wasilah yang kita amalkan.
Kita bukanlah sebuah jama’ah dalam pengertian seperti pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana kelahiran pertubuhan tersebut adalah untuk matlamat-matlamat tertentu dan untuk jangka waktu yang tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan-pertubuhan berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita-cita inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.

Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan ‘akidah, nizam(peraturan/undang-undang) dan manhaj(kaedah) yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. 

Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian masalah tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari Kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semesta ini dan manhaj Rasul-Nya yang paling dipercayai.
Kita menyatakan kepada manusia secara tidak bermegah-megah bahawa kita adalah para pengikut angkatan sahabat Rasulullah s.a.w yang menjadi pembawa panji-panji Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w. Kita adalah angkatan yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.w sebagaimana para sahabat r.a telah melakukannya. Kita akan menyiarkan dakwah baginda sebagaimana yang telah disiarkan oleh mereka. Kita akan memelihara kandungan kitab suci Al-Quran sebagaimana para sahabat telah memeliharanya. Kita adalah pembawa berita gembira melalui dakwah baginda sebagaimana para sahabat telah melakukannya dan ia akan menjadi rahmat ke seluruh alam. Anda pasti akan mengetahui perkhabaran-perkhabarannya dalam sedikit masa lagi

Hudud : pakatan gagal mendapatkan persetujuan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat gagal mencapai sebarang persetujuan mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan meskipun tiga wakil negeri itu mengemukakan pindaan rang undang-undang itu kepada pimpinan PKR dan DAP.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat membincangkan undang-undang itu namun tidak ada sebarang persetujuan dicapai.

“Ya kami membincangkannya. Mesyuarat berjalan dengan amat baik…perbincangan terperinci telah diadakan,” kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Gobind Singh Deo yang turut hadir di mesyuarat itu menegaskan partinya tetap menolak rang undang-undng hudud PAS itu.

Beliau juga berkata Exco Kelantan tidak membentangkan pindaan rang undang-undang berkenaan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini.

“Saya melihat undang-undang itu dan apa yang (dibentangkan) melebihi jangkaan (daripada) pindaan,” kata Gobind kepada pemberita selepas mesyuarat itu berlangsung.

“Mereka sebalikny mengemukakan keseluruhan rang undang-undang…bukan hanya pindaan. Apa yang dikemukakan mirip kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993,” kata beliau.

Oleh itu katanya, DAP meminta agar PAS Kelantan melihat semula draf berkenaan, sebelum parti itu membuat keputusan dan pendirian.

“Kedudukan kami, seperti yang dikatakan sebelum ini, sangat konsisten, kami menentang pindaan itu. Kembali kepada undang-undang berkenaan, kami diminta untuk mempertimbangkan semula, sebab pada awalnya kami diberitahu ada pindaan,” kata Gobind.

“Jadi bila diberitahu pindaan, apa yang patut dibentangkan adalah pindaan, tapi bukan bermakna kami akan bersetuju dengan pindaan itu.”

Gobind berkata kesanggupan DAP meneliti pindaan itu tidak harus dianggap sebagai persetujuan parti terhadap hudud.

Beliau berkata DAP tetap berpendirian sebarang “undang-undang (negeri) yang membabitkan hukuman untuk kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan adalah melanggar perlembagaan.”

“Apa yang kami mahu mereka kembali dengan pindaan dan kita akan melihat daripada situ,” ujar Gobind.

Pimpinan Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini menegaskan ia tetap akan membentangkan pindaan undang-undang syariah itu di DUN pada 18 Mac ini, walaupun tanpa persetujuan Pakatan Rakyat.

Kelantan mencadangkan pindaan kepada undang-undang itu di peringkat DUN sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memudahkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Sebelum ini Gobind menegaskan PAS harus menganggap dirinya bukan lagi ahli Pakatan Rakyat jika mahu membentangkan pindaan undang-undang itu tanpa persetujuan Pakatan.

Hudud meliputi jenayah menurut undang-undang Islam seperti mencuri, merompak, zina, minum arak dan hubungan seks di luar perkahwinan.

Isu itu menjadi duri dalam daging dengan DAP dan PKR mengambil pendirian PAS harus mendapatkan konsensus Pakatan Rakyat jika mahu melaksanakan undang-undang hudud.

DAP menegaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan bertentangan dengan perlembagaan namun pandangan itu disanggah oleh PAS.

PAS juga menegaskan pelaksanaan undang-undang berkenaan sudahpun menjadi sebahagian agenda parti itu jauh sebelum ia menyertai Pakatan Rakyat pada 2008 –Antarapos


Kepada Dato Ahmad Maslan apa sebenar isu GST ramai tolak

Kepada timbalan Menteri Kewangan Dato Ahmad Maslan 


Sebenar bagi saya dan pemerhatian saya sejak tahun 2014 dalam media sosial mahupun di Kedai kopi 


Bukan isu gst pun Rakyat pertikaikan 


Jangan KAN 6% , Letak gst 20 % gst pun Rakyat sanggup 


Kerana 


Isu sebenar yang Patut di selesaikan ialah 



1. Isu dan persepsi terdapat seleweng wang Kerajaan seperti dalam laporan audit 

2. Isu rasuah dan ketirisan 

3. Isu kredibiliti pemimpin terhadap sumber kekayaaan Negara 


Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 

16/3/2015 

Perjuangan Umno martabatkan sistem sekolah pondok


Jelas bahawa umno makin kuat ke arah martabatkan sistem tertua sekolah di Malaysia 

Iaitu sekolah pondok 

Hidup umno 

Allahuakbar 

Gencatan senjata politik 15 mac

Genjatan senjata politik 


Cadangan kepada semua Ahli umno dan Bekas pemimpin umno 


Tanggungjawab Kita lebih besar pertahankan agama bangsa tanah air kita 


Jangan Kita jadi lidah dan tongkat kepada pakatanirrajim 


Sedarlah 


Kita ingat kita hero konon perjuangkan nasib bangsa Dalam masa sama kita bagi peluru pada pakatanirrajim 


Umno bukan Maksum tapi adakah kita sanggup lihat selepas Pru 14 jawatan Menteri Dalam NEGERI dan Menteri pertahanan dipegang oleh dapigs ? 


Piikirkan Luas di luar kotak musuh musuh umno musuh musuh agama musuh musuh bangsa sentiasa Cari peluang nak hancurkan kita 


Setiap masalah kita Ada meja rundingan tertutup 


Dan jangan marah jika Ada orang serang kamu semula  setelah Kamu serang umno konon nak tunjuk Kamu Terbaik sebab yang untung ialah musuh musuh agama bangsa tanah air 


Jangan sebab Dendam kuasa pangkat iri Hati dengki Dalam jiwa Pejuang melayu Islam 


Belajar lah Dari sejarah kejatuhan Kerajaan kesultanan Melayu Melaka 


Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 

15/3/2015

Nasihat terkini kepada Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang

Assalamualaikum kepada Tuan guru Presiden Pas yang Saya kasihi 


Kita beri banyak cadangan kepada presiden Pas tuan guru haji Hadi Awang 


Bukan apa 


Sebab rasa sayang pulak kalau ulamak kalah dalam pertandingan jawatan Presiden pas dan timbalan presiden Pas 


Dan Kita sayang sebuah jamaah harakah Islam yang diasaskan golongan ulamak golongan petani golongan Miskin marhein tahun 1951 Akan lebur sekelip mata 


Baik buruk pas pun tetap saudara seagama kita 


Takkan kita nak bagi pro dap pkr pakatan kuasai kepimpinan pas 


Cuma Harap pas sedar apa mereka telah lakukan keatas umno saudara seagama 


Siapa kawan pas siapa musuh pas sebenarnya 


Jangan Kerana Dendam mengatasi Jalan perpaduan ummah seperti perintah Allah jelas dalam alhujurat 10 


Muhasabahlah 


Kerana imam Hassan Albanna Ada sebut 


" perjuangan adalah satu Medan yang mana jika kita gagal dalam perancangan maka Akan DAPAT dikalahkan oleh perancangan musuh apabila kita Leka kenal siapa sebenar musuh kita dan siapa sebenar kawan kita " 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

15/3/2015